Pihak Pengurusan FAR Capital ingin mengingatkan kepada semua warga staf supaya mengambil segala langkah untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang haba yang akan berlaku secara 3 hari berturut-turut sepanjang musim ini, dimana suhu persekitaran mampu mencapai diantara 37-40 darjah celcius.
Oleh yang demikian, semua staf dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah termasuklah pengambilan air secukupnya, menghadkan aktiviti luar, memakai pakaian yang sesuai dan sebagainya bagi mengelakkan sebarang kesan akibat gelombang haba seperti demam, strok haba dan lain-lain.
Gelombang haba akan memberi kesan kepada negeri-negeri terutamanya utara semenanjung dan pantai timur. Namun, kesan gelombang ini juga akan member kesan kepada wilayah lain seperti Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Begitu juga bagi warga staf di Indonesia, pihak pengurusan juga ingin menasihatkan atas perkara yang sama bagi menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga.
Sekian, terima kasih.
Dari: Bahagian Sumber Manusia

Sumber Infografik: https://www.penerangan.gov.my/gelombang-haba-2/